Sihir-sihir kidō yang dikenalpasti Kidō

Sihir pengikatan

  • 1. Halang (塞, sai)[5] — Mengikat tangan musuh di belakang mereka.
  • 4. Tali Merangkak (這縄, hainawa)[6] — Sejenis tali semangat memutar dan mengikat lengan musuh.
  • 9. Serang (撃, geki)[7] — Menyelubungi sasaran dalam cahaya merah, sekaligus melumpuhkan mereka.
  • 39. Perisai Arka (円閘扇, enkosen) — Menyeru sebuah perisai dengan tenaga semangat pekat untuk menghalang serangan musuh.[8]
  • 58. Menyeru Burung-burung Pipit Penjejakan (摑趾追雀, kakushitsuijaku)[9] — Mengesan dan mengenalpasti sebarang tenaga semangat yang ditumpukan pengguna. Untuk mengaktifkannya, pengguna harus melukis sebuah bulatan di atas tanah, dipisah menjadi empat dengan huruf tertentu dalam setiap satu. Jampinya menggerakkan bulatan tersebut, mengakibatkan beberapa buah nombor untuk muncul di dalamnya sehingga set tertentu dijumpai. Set nombor ini dilihat berkaitan dengan longitud dan latitud.
  • 61. Enam Rod-rod Penjara Cahaya (六杖光牢, rikujōkōrō)[10] — Menyeru enam buah sinaran cahaya yang nipis namun lebar yang menembusi bahagian dada musuh, mengakibatkan mereka gagal untuk bergerak.
  • 62. Pagar Seratus Langkah (百歩欄干, hyapporankan)[11] — Sebuah rod dibentuk oleh tenaga dilontar ke ara sasaran sebelum ia berpecah menjadi beberapa buah rod pendek yang digunakan untuk menggagalkan sebarang pergerakan sasaran dan melekapkan mereka di kawasan sekitar.
  • 63. Rantai Pengikat Berbelok-belok (鎖条鎖縛, sajō sabaku) — Musuh dibungkus daripada kawasan leher dan ke bawah dalam sebuah rantai tebal.
  • 75. Kuintet 1 kan Tiang-tiang Berbesi (五柱鉄貫, gochūtekkan)[12] — Menyeru lima buah tiang yang sangat tinggi dan tebal untuk menikam sasaran ke tanah.
  • 77. Beca Sakti Dalam Udara Sutera (天挺空羅, tenteikūra)[13] — Menghantar mesej kepada sesiapa sahaja di dalam sesebuah kawasan. Selain daripada menyebut jampi sihir ini, pengguna juga harus melukis beberapa lambang tertentu pada lengan mereka, yang digerakkan oleh sihir tersebut untuk menghantar mesej.
  • 81. Memisah Kekosongan (斷空, dankū)[14] — Mencipta sebuah perisai semangat di dalam bentuk dinding segi empat. Menurut Byakuya, ia mampu menghentikan sihir-sihir pemusnahan shingga tahap #89.
  • 99, Bahagian 1. Halang (禁, kin) — Mengunci tangan musuh dengan fabrik spiritual dan bebatang besi.[15]
  • 99, Bahagian 2. Kunci Ulung (卍禁, bankin) — Kesan-kesan sihir ini terbahagi kepada tiga buah "lagu":
    • Lagu Pertama: Fabrik Penghenti (初曲・止繃, shokyoku: shiryū) menutupi musuh.
    • Lagu Kedua: Seratus Selak Berpaut (弐曲・百連閂, nikyoku: hyakurensan) menikam musuh dengan beberapa bilah besi.
    • Lagu Terakhir: Kunci Ulung 10,000 yang Menggerunkan (終曲・卍禁太封, shūkyoku: bankin taihō)[16] menghancurkan sasaran dengan sebuah kubus besi gergasi.

Sihir pemusnahan

  • 1. Tujah (衝, shō)[17] — Menolak musuh jauh daripada pengguna.
  • 4. Kilat Putih (白雷, byakurai)[18] — Menembak suatu kilat putih daripada jari telunjuk pengguna.
  • 31. Tembakan Api Merah (赤火砲, shakkahō)[19] — Menembak sebiji bebola api merah ke sasaran.
  • 33. Api Biru, Hempas ke Bawah (蒼火墜, sōkatsui)[20] — Menembak beberapa tembakan berwarna biru ke arah musuh dalam kaedah yang serupa kepada sihir ke-31, namun kawasan serangannya lebih meluas dan kuasanya lebih tinggi.
  • 54. Penghapusan Api (廃炎, haien)[21] — Menembak letupan api berwarna ungu yang mampu membakar musuh secara menyeluruh apabial bersentuhan.
  • 58. Langit Orkid (闐嵐, tenran)[22] - Serangan puting beliung gergasi dilepaskan ke arah sasaran.
  • 63. Meriam Petir Mengaum (雷吼炮, raikōhō)[23] — Menembak gelombang kilat berwarna kuning ke arah sasaran.
  • 73. Teratai Kembar Berapi Biru, Hempas ke Bawah (双蓮蒼火墜, sōren sōkatsui)[24] — Pada dasarnya ini merupakan versi kembar kepada #33, ia menembak dua letupan api biru dengan potensi yang lebih tinggi.
  • 88. Serangan Naga Terbang, Meriam Kilat, Penggegar Syurga (飛竜撃賊震天雷砲, hiryūgekizokushintenraihō)[25] — Menembak serangan tenaga semangat yang pekat, berupa seperti tembakan laser.
  • 90. Keranda Hitam (黒棺, kurohitsugi)[26] — Membentuk sebuah kotak dengan tenaga hitam disekeliling tubuh musuh, yang kemudiannya ditembusi oleh berpuluh-puluh "tombak" semangat, mencederakan seluruh tubuh badan sasaran. Aizen menyatakan bahawa sihir tersebut hanya mencapai satu per tiga tahap sebenarnya apabila dia dilihat menggunakannya pertama kali, dalam erti kata lain sihir tersebut mempunyai tahap yang lebih membahayakan jika digunakan dengan penuh. Fungsi serta rupanya mempunyai rujukan kepada sejenis tipu helah ahli sihir biasa, termasuklah sejenis alat menyeksa yang digunakan pada zaman Penyiasatan Sepanyol.

Lain-lain

Sihir-sihir berikut tidak dikategorikan dengan tepat.

  • Kedutan Putih (白伏, hakufuku)[27] — Meskipun tidak dilihat secara zahir, Hinamori Momo dikatakan telah menggunakan sihir ini apabila dirinya dikunci untuk menghancurkan kawasan sekitarnya. Siri anime mencadangkan bahawa sihir ini adalah dikategorikan sebagai sihir pengikatan, namun tidak memberikan nombor tertentu.
  • Pintu Cermin (鏡門, kyōmon)[28]Hitsugaya Tōshirō menggunakan sihir ini untuk mengunci bilik hospital Hinamori Momo. Sihir ini mencipta sebuah perisai berupa gelas yang sukar untuk dihancurkan dari serangan luaran, namun mudah dihancurkan melalui serangan dalaman.
  • Hantu Terbalik (反鬼, hanki)[29] — Teknik ini menggagalkan kidō musuh dengan menyerang mereka dengan serangan tenaga yang berlawanan. Yoruichi menggunakan teknik ini terhadap shunkō Soifon.
  • Stasis Duniawi (時間停止, jikanteishi)[30] — Sejenis sihir yang diharamkan, digunakan oleh Tessai disamping kūkanten'i. Kesan sebenar sihir ini tidak dapat dipastikan.
  • Sesaran Ruang (空間転位, kūkanten'i)[31] — Sejenis sihir yang diharamkan, digunakan oleh Tessai disamping jikanteishi untuk menghantar secebis ruang daripada satu lokasi ke lokasi seterusnya, termasuklah sihir-sihir 'kidō yang aktif.